Thursday 1 June 2017

Kelebihan Belajar Di Matrikulasi


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bagi saya, sekarang masanya amat sesuai untuk saya kongsikan serba sedikit kelebihan belajar di matrik ni kerana pelajar-pelajar yg mengambil peperiksaan SPM pada tahun lepas akan mendapat pelbagai tawaran selepas keputusan SPM akan diumumkan kelak.

Anda yg mungkin daripada kalangan mereka pasti inginkan maklumat.mengenai setiap instituti pendidikan di Malaysia ini agar tidak menyesal dengan keputusan yg diambil.
Saya merupakan salah seorang pelajar Kolej Matrikulasi Kedah yg mengambil jurusan Sains di bawah Program Dua Tahun..
Matrikulasi ataupun lebih popular disebut Matrik.

 Apa yg best sgt pasal matrik ni? Org selalu sebut matrik ni susah. Belajar teruk. Tekanan. Saingan banyak and so on....
Abaikan yg tu. Di sini saya ingin kongsikan kelebihan belajar di matrik berdasarkan pengalaman saya di sini.



1. Pensyarah yg berdedikasi dan penyayang.
Ya. Inilah perkara yg selalu disebut org tentang matrik ini. Majoriti blog2 yg saya jengah sebelum saya menjejakkan kaki ke sini mengatakan perkara yg sama. Hakikatnya memang benar.
Pensyarah di sini sepanjang pemerhatian saya tidak pernah mengelak untuk menjawab soalan daripada pelajar.

Setiap soalan yg diajukan pasti dijawab dgn terperinci mengikut style pensyarah masing-masing.
Mereka amat senang untuk didekati dan diramahi. Kiranya kita tidak akan berasa segan untuk pergi ke meja mereka di kubikel (kalau kat sekolah org panggil bilik guru. Hehe). Kedatangan kita pasti diterima dgn tangan yg terbuka. Ada pensyarah yg sering memberi gula2, kuih dan sebagainya apabila kita dtg berjumpa dengannya. Ada juga yg sering memberi tazkirah agama. Kalau pensyarah sains komputer saya, Encik.Mohamad Nazri, beliau akan kongsikan info-info terbaru mengenai teknologi terutamanya berkaitan dengan mobile data telefon bimbit.

2. Kalau anda tidak mendapat tawaran kursus idaman anda di universiti, matrik merupakan antara laluan terbaik untuk anda mencuba lagi. Ataupun org cakap second chance. Mungkin keputusan SPM anda kurang baik menyebabkan anda tidak mendapat tawaran ke kursus pilihan anda di universiti. Jangan risau. Kalau anda mendapat keputusan yg cemerlang di matrik, Insha Allah kursus idaman anda melambai-lambai menyambut kedatangan anda di universiti!

Pada waktu saya dulu, keputusan UPU diumumkan ketika pelajar matrik panggilan pertama sudah pun masuk ke matrik. Jadi, kalau anda mendapat tawaran ke matrik panggilan yg pertama, saya amat menyarankan anda terima dulu tawaran ke matrik. Mana tahu anda tidak mendapat mana-mana tawaran nanti!

3. Elaun bulanan. Setiap pleajar matrikulasi akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM250. Ini amat sesuai buat segelintir daripada anda yg amat memerlukan. Memandangkan kos sara hidup yg smakin meningkat sejak akhir-akhir ini, pemberian elaun sedikit sebanyak dapat meringankan beban para pelajar. Anda boleh membuat sedikit simpanan ketika belajar disini.

Untuk peringatan, elaun yang diterima tersebut tidak menentu masa penerimaannya. Kadang-kadang masuk pada awal bulan, kadang-kadang masuk pada pertengahan bulan dan pernah juga terjadi elaun tertunggak selama 2 bulan! So kalau dapat duit elaun tu pandai-pandailah berjimat cermat!


4. Ada peluang untuk melanjutkan pelajatan ke luar negara di bawah tajaan KPM. Ya, anda dapat menyambung pelajaran ke luar negara dengan tajaan daripada KPM dengan kelayakan-kelayakan tertentu. Selepas habis belajar di sana nanti(luar negara), anda akan ada kontrak bersama kementerian pelajaran dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Kebanyakkannya terarah kepada menjadi pensyarah di kolej matrikulasi.


5. Suasana yang sesuai untuk belajar. Bagi saya kolej matrikulasi punya suasana yang amat sesuai untuk belajar. Kemudahan disini amat memudahkan. Anda tidak perlu berjalan dengan terlalu jauh untuk ke kelas. Kelas, dewan kuliah dan sebagainya tidak terlalu jauh dari kawasan kediaman pelajar.

Dari segi kediiaman pula, bilangan empat orang pelajar bagi setiap bilik yang sederhana besar amat menyelesakan bagi saya. Sebuah katil bujang, meja  belajar yang disertakan dengan lampu belajar dan sebuah almari baju yang besar disediakan buat setiap penghuni di sini. Ianya amat berbeza dengan keadaan di kebanyakan asrama sekolah.

6. Silibus pelajaran yang kurang sedikit berbanding silibus di STPM. (Pernyataan ini hanyalah berdasarkan pemerhatian saya di dalam bidang Sans sahaja kerana saya mengambil bidang Sains di matrik. Jadi untuk silibus bidang akaun, saya tidak pasti.)

Sebagai contoh dalam subjek Biologi. Pelajar STPM perlu mengetahui apakah nama apabila beberapa fosfolipid membentuk menjadi bulatan di dalam air. Di matrikulasi ianya tidak perlu tahu sehingga sedalam itu.



Bagi saya cukup sekadar itu dahulu posting saya mengenai tajuk ini. Kolej matrikulasi merupakan antara tempat terbaik untuk anda menimba ilmu di peringkat yang lebih tinggi. Diharapkan posting saya yang tak seberapa ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan untuk menyambung pengajian setelah tamat sekolah menengah.