Friday 24 February 2017

Northern Derby : Kedah VS Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya pada ketika ini sedang menikmati malam terakhir di rumah sebelum berangkat pulang ke matrikulasi esok.

Apapun, berkaitan dengan tajuk di atas, bagi yg belum mengetahui, esok merupakan perlawanan pusingan pertama Liga Super Malaysia antara pasukan Kedah FA melawan Penang FA di Stadium Darul Aman.

Apa yg hendak saya kongsikan di sini ialah saya tak dapat pergi ke stadium esok! Kecewa! Haihh. Tak tau nak kata la. Sepanjang saya bercuti mid-sem selama seminggu ni takdak pulak perlawan lain di SDA. Ada pun waktu aku dah nak pulang ke matrik.

Saya merupakan antara penyokong tegar pasukan bolasepak Kedah. Sokong sejak zaman 'double treble' lagi. Hmm.. Lalang? Ya, saya mengakui saya agak 'lalang'.

Sejak kejatuhan Kedah selepas zaman double treble, saya sudah mula kurang mengambil tahu perkembangan bola sepak Kedah.

Kemudian, ketika peningkatan semula pada tahun 2014, zaman Billy Mehmet dan Namkong Wong, darah hijau kunung mula mengalir kembali di dalam salur darah saya, Dan sokongan itu berterusan sehingga kini.

Mengenai pertemuan dengan Pulau Pinang ini, saya pernah menyaksikan perlawan antara kedua-dua pasukan pada tahun 2016 bersama bebarapa org rakan saya yg berkesudahan seri 2-2.

#Sorry penulisan malam ni teruk sikit. Bercampur dgn mood nak tulis dgn mood takmau tulis! Post pi la

Tuesday 21 February 2017

Pengalaman Saya dan Abah bersama Si Mulut Celupar

Assalamualaikum.. Mm.. Sebenarnya telah puas saya fikirkan tajuk yang sesuai untuk entri ini. Mintak maaf kalau tajuknya agak pelik. Haha..

Apapun, pada kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya dan abah saya kira-kira belasan tahun yang lalu. Ketika itu saya masih belum bersekolah lagi rasanya. Namun peristiwa tersebut masih segar dalam ingatan. Jadi, tak rugi kan kalau saya pahatkan peristiwa itu di sini agar kenangannya tidak padam ditelan masa-masa yang mendatang. Cewahh!

Apapun, peristiwa ini berlaku ketika kami sekeluarga (saya pun sudah lupa adakah adik saya sudah ada pada ketika itu ataupun tidak) pergi makan di sebuah restoran makanan laut yg terletak di tepi laut di Perlis. Memang tempatnya agak menarik. Menikmati makanan sambil dihembus manja angin laut yg sedia membelai sasarannya.

Ketika masuknya waktu maghrib, saya dan abah bergerak ke surau yg disediakan di situ untuk menunaikan solat Maghrib. Surau tersebut sangat cantik, kukuh dan luas. Terdapat tangga kayu di surau tersebut. Kiranya tempat solat di bahagian atas.

Terpampang jelas di satu papan tanda di bangunan surau tersebut yang melarang jemaah daripada meletakkan kasut di tangga. Namun, banyak kasut yg tersusun rapi di bahagian tangga.

Abah pun turut meletakkan kasut di tangga. Tiba-tiba, seorang pakcik bersuara menegur abah. Katanya kasut tidak boleh diletakkan disitu. Abah dengan senyuman mesra mengakui kesilapannya dan memberitahu yg dia meletakkannya kerana melihat banyak kasut-kasut lain yg berada di atas tangga.

Bunga yg abah beri telah dibalas dengan najis yg begitu busuk. Kata pakcik tadi,"Pastu kalau org makan taik, kita pun nak makan taik?".

Abah hanya diam. Membisu seribu bahasa dan terus meneruskan urusan kami, Aku yg pada ketika itu yg kurang mengerti hanya membiarkan peristiwa itu dirakam oleh memori jangka panjangku.

Memori itu kusingkap kembali ketika umurku sudah dewasa. Bila difikirkan, memang betul-betul kurang ajar pakcik itu. Mahu saja saya memakinya kembali kalau peristiwa itu berlaku pada masa sekarang.

Semestinya, aku amat mengagumi kesabaran abahku. Abah memang terkenal dengan sifat penyabar sejak dari dahulu lagi. Namun, dalam kesabarannya, ada tegas yg sering diterjemahkan oleh perbuatan, bukan hanya kata-kata kosong yg tiada guna. Sifat itulah yg menjadikan saya amat berbangga mempunyai seorang bapa seperti abah. Saya pun masih belum menjadi seorang yg benar-benar penyabar lagi.

Kesimpulan dari cerita ini... Hmm.. Fikirlah sendiri ya. Saya rasa mudah sahaja untuk menyingkap pengajaran di sebalik kisah ini. Semoga bermanfaat!

# Maaf sebab banyak tertukar 'saya' dan 'aku'. Haha

Monday 20 February 2017

Biologi atau Psikologi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ketika entri ini ditulis, saya sedang menikmati cuti semester selama seminggu. Dapat la jugak nak hilangkan stress setelah lama berentap di matrik.

Berkenaan dengan tajuk entri kali ini, untuk pengetahuan para pembaca sekalian, saya yang merupakan pelajar aliran Biologi di matrikulasi ini bercita-cita untuk menjadi seorang ahli dalam bidang biologi (tak decide lagi nak ambil bahagian mana). Sya juga bercita-cita untuk menjadi seorang ahli psikologi. Satu kekeliruan telah berlaku di sini.

Kedua-dua bidang tersebut amat saya minati. Biologi memang merupakan subjek favourite saya di matrikulasi. Seronok dapat kaitakan apa yang kita pelajari dengan realiti kehidupan sekarang. Indahnya amat sukar untuk saya terangkan. Memang best la ceqita dia habaq mai!

Psikologi pula merupakan antara cabang ilmu yang saya minati (saya juga meminati sastera, tapi tak minat untuk menjadikannya sebagai bidang kerja saya). Mmeang dari dulu lagi, saya amat meminati tentang kajian mengenai emosi manusia, the art of thinking, self-improvement and something like that la. Memang minat la dapat mendalami segala yang berkaitan dengan permasalahan dalaman. Tambahan pula, saya seorang yang samgat suka mendengar luahan masalah daripada orang lain. 

Apapun, pada hari Rabu minggu lepas, sehari sebelum hari kepulangan saya ke rumah, saya sempat berbual panjang dengan pensyarah matematik saya iaitu Sir Azman bin Baharuddin. Beliau merupakan antara pensyarah yg amat saya kagumi di matrik ini. (mungkin satu entri akan saya keluarkan nanti untuk bercerita lanjut tentang beliau)

Saya tanya soalan tersebut kepada beliau. Saya beritahu yang saya amat meminati kedua-dua bidang ini. Cuma, saya katakan yang bidang Biologi ni nampak macam boleh berkembang dengan lebih luas. Banyak lagi kajian-kajian yg boleh dilakukan. Amat luas. Bidang psikologi pulak yg saya nampak mcm agak 'keras'. Macam tak boleh berkembang jauh untuk dikaji. Ini apa yg saya nampak ketika itu.

Mudah sahaja jawapan lecturer saya. Beliau katakan yg kita tak masuk dalam bidang tersebut mungkin kita tak nampak. Tetapi psikologi ini luas. Semakin bertambah rencam manusia, lagi hebat ilmu ini diluaskan. Saya angguk dan mengiyakan. Sangat benar.

Tambah beliau lagi, masyarakat sekarang amat kekurangan 'servis' psikologi. Mangsa-mangsa kemalangan, banjir, kehilangan orang yang tersayang, amat banyak dibiarkan begitu sahaja tanpa rawatan dalaman. Sedangkan rawatan dalaman amat penting.Dan bagi saya pemikiran yg terganggu dan bermasalah menyebabkan produktiviti seseorang individu berkurang, gagal menguruskan kehidupan dengan baik dan sebagainya. Amat berat sebenarnya.

Tambah pensyarah saya lagi, sesetengah orang hanya tahu menghina dan mngeji sang pelaku dosa tanpa memahami keadaan diri pelaku tersebut. Ya, saya akui memang sesuatu perbuatan dosa tidak boleh dilakukan, dan sang pelaku sebenarnya tidak boleh berbuat begitu. Namun, cuba kita fahami dan selami kehidupannya. Mungkin dia mempunyai masalah keluarga, atau dibesarkan dalam persekitaran yang tidak sihat atau bermacam lagi sebab lain. Kita fahami dan cuba bagi penyelesaian yg sebaiknya. Bukan hanya menghentam sahaja tanpa mengambil langkah-langkah tadi.

Ehh, melalut pulak. Haha. Apapum, perbualan saya dengan beliau berlanjutan sehingga sejam lebih. Bnayak perkara yg kami bincangkan. Dari politik, pengalaman dan sebagainya. Dan sesudah itu, saya masih tak dapat decide lagi bidang mana yg saya nak sambung ketika di U nanti. Haha. :-D

Apapun, bgi saya, perkara ini saya hendak ketepikan dulu. Matlamat saya sekarang ialah hendak buat sehabis baik untuk peperiksaan-peperiksaan semester yg akan datang. Doakan saya ya. :-)

Pada entri yg akan datang mungkin saya akan kongsikan sedikit mengenai Universiti pilihan saya. Nantikan.. :-)

Feel free to leave a comment. I appreciate it although it just a simple single sentence. :-)