Tuesday 21 February 2017

Pengalaman Saya dan Abah bersama Si Mulut Celupar

Assalamualaikum.. Mm.. Sebenarnya telah puas saya fikirkan tajuk yang sesuai untuk entri ini. Mintak maaf kalau tajuknya agak pelik. Haha..

Apapun, pada kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya dan abah saya kira-kira belasan tahun yang lalu. Ketika itu saya masih belum bersekolah lagi rasanya. Namun peristiwa tersebut masih segar dalam ingatan. Jadi, tak rugi kan kalau saya pahatkan peristiwa itu di sini agar kenangannya tidak padam ditelan masa-masa yang mendatang. Cewahh!

Apapun, peristiwa ini berlaku ketika kami sekeluarga (saya pun sudah lupa adakah adik saya sudah ada pada ketika itu ataupun tidak) pergi makan di sebuah restoran makanan laut yg terletak di tepi laut di Perlis. Memang tempatnya agak menarik. Menikmati makanan sambil dihembus manja angin laut yg sedia membelai sasarannya.

Ketika masuknya waktu maghrib, saya dan abah bergerak ke surau yg disediakan di situ untuk menunaikan solat Maghrib. Surau tersebut sangat cantik, kukuh dan luas. Terdapat tangga kayu di surau tersebut. Kiranya tempat solat di bahagian atas.

Terpampang jelas di satu papan tanda di bangunan surau tersebut yang melarang jemaah daripada meletakkan kasut di tangga. Namun, banyak kasut yg tersusun rapi di bahagian tangga.

Abah pun turut meletakkan kasut di tangga. Tiba-tiba, seorang pakcik bersuara menegur abah. Katanya kasut tidak boleh diletakkan disitu. Abah dengan senyuman mesra mengakui kesilapannya dan memberitahu yg dia meletakkannya kerana melihat banyak kasut-kasut lain yg berada di atas tangga.

Bunga yg abah beri telah dibalas dengan najis yg begitu busuk. Kata pakcik tadi,"Pastu kalau org makan taik, kita pun nak makan taik?".

Abah hanya diam. Membisu seribu bahasa dan terus meneruskan urusan kami, Aku yg pada ketika itu yg kurang mengerti hanya membiarkan peristiwa itu dirakam oleh memori jangka panjangku.

Memori itu kusingkap kembali ketika umurku sudah dewasa. Bila difikirkan, memang betul-betul kurang ajar pakcik itu. Mahu saja saya memakinya kembali kalau peristiwa itu berlaku pada masa sekarang.

Semestinya, aku amat mengagumi kesabaran abahku. Abah memang terkenal dengan sifat penyabar sejak dari dahulu lagi. Namun, dalam kesabarannya, ada tegas yg sering diterjemahkan oleh perbuatan, bukan hanya kata-kata kosong yg tiada guna. Sifat itulah yg menjadikan saya amat berbangga mempunyai seorang bapa seperti abah. Saya pun masih belum menjadi seorang yg benar-benar penyabar lagi.

Kesimpulan dari cerita ini... Hmm.. Fikirlah sendiri ya. Saya rasa mudah sahaja untuk menyingkap pengajaran di sebalik kisah ini. Semoga bermanfaat!

# Maaf sebab banyak tertukar 'saya' dan 'aku'. Haha

1 comment:

  1. Harrah's Resort And Casino, Las Vegas - MapYRO
    Find 과천 출장마사지 Harrah's Resort And Casino, Las Vegas, 경상남도 출장안마 NV, United 남양주 출장마사지 States, real-time prices, from 0 to 36, and the main hotel 구리 출장마사지 is 777 Harrah's Blvd. The resort has a total of 공주 출장마사지 rooms,

    ReplyDelete